Artikel

Kekurangan 30% Pemandu Seru-Pandu, Antara Cetus Kenaikan Tambang 400% – MOT

Seperti yang umum sedia maklum, sebelum ini terdapat pelaporan memaklumkan tambang khidmat seru-pandu (e-hailing) telah meningkat 400% pada waktu puncak. Situasi ini telah menuntut perbincangan antara MOT, Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bersama pengendali seru-pandu. negara.

Berdasarkan pertemuan itu, ini faktor yang mempengaruhi kenaikan harga tambang seru-pandu negara;

  • Ketidaktentuan permintaan khidmat seru-pandu
  • Pemandu seru-pandu telah mengalami pengurangan 30% penyertaan
  • Ketiadaan pemandu secara jelas bawa kepada tempoh menunggu menjadi lebih lama dan tinggi
  • Kesesakan lalu lintas disebabkan pembukaan ekonomi turut meningkatkan lagi kadar tambang
  • Keadaan cuaca turut menyumbang pada kenaikan tambang

Maka menerusi faktor tersebut, ia telah memberi kesan kepada pengiraan tambang seru-pandu ke atas pengguna.

Sementara berhubung struktur tambang pula- pihak penyedia menjelaskan terdapat 2 caj yang berlaku merangkumi tambang asas dan surcaj. Pihak MOT memaklumkan kerajaan tidak mengawal struktur caj ini, namun pengenaan surcaj tidak boleh melebihi dua kali ganda daripada tambang asas.

Bagaimanapun, penyedia terus dibenarkan menetapkan struktur tambang mengikut formula sendiri bersama syarat perkhidmatan dengan pengguna dalam pasaran terbuka.

Oleh itu, menerusi penjelasan ini para pengguna diminta merancang perbelanjaan anda sekiranya ingin menggunakan khidmat seru-pandu.