Artikel

Aliran Trafik Antarabangsa MAHB Naik – Rekod Purata 23,000 Pergerakan Penumpang Setiap Hari

Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB), kini memperlihatkan peningkatan aliran trafik antarabangsa pada semua rangkaian lapangan terbang tempatan miliknya – naik 53%.

Prestasi baik ini secara langsung menunjukkan kemasukan pelancong asing pada destinasi pelancongan negara semakin memulih dan ke arah peningkatan. Untuk makluman, setakat ini kenaikan mencapai 642,128 penumpang antarabangsa, sementara 2.13 juta penumpang domestik setelah sempadan dibuka pada awal April lalu.

Ini bermakna secara purata sekitar 23,000 pergerakan penumpang antarabangsa telah dicatatkan pada lapangan MAHB.

Adanya aliran positif ini, MAHB akan terus bekerjasama rapat dengan penyedia penerbangan untuk mengalakkan lagi penyambungan laluan antarabangsa pada beberapa negara.

Sehingga ini, terdapat 5 syarikat penerbangan menyambung 17 laluan antarabangsanya bermula April iaitu meliputi VietJet Air, Scoot, AirAsia, Thai AirAsia dan AirAsia X.