Artikel

Shanghai Galak Graduan Buka Perniagaan Sendiri – Seimbangkan Ekonomi Domestik China

Bagi meningkatkan keseimbangan dalam ekonomi domestik China, bandar hab kewangannya iaitu Shanghai kini mula memberi galakkan kepada graduan kolej mereka untuk memulakan perniagaan mereka sendiri.

Seperti yang umum ketahui, arena perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memiliki kepentingan tersendiri pada pertumbuhan sesebuah negara. Maka China ingin menggunakan kesempatan itu demi kepentingan kelangsungan ekonomi negara mereka.

Adanya penawaran subsidi serta dana sokongan memberi galakkan kepada pelajar untuk meneroka bidang perniagaan, ini akan menyeimbangkan penawaran peluang pekerjaan yang kompetitif dalam ekonomi China.

Tidak hanya galakkan itu, Suruhanjaya Pendidikan Perbandaran Shanghai juga meminta firma milik-kerajaan untuk turut meningkatkan pengambilan mereka ke atas graduan muda bagi mengelakkan isu pengangguran belia seperti negara lain berlaku.

Selain itu, pihak universiti diminta melanjutkan tempoh penetapan graduan di kampus penggajian mereka. Tindakan ini bagi menampung bebanan kos sara hidup para graduan.