Artikel

Cukai Kekayaan 5% Ke Atas Bilionwan – Bantu Dunia Landaikan Krisis Kemiskinan

Siapa sangka era pandemik COVID-19 berupaya menghasilkan bilionwan bagi setiap 30 jam dan dalam tempoh yang sama 1 juta manusia pula berupaya tergolong ke dalam kumpulan kemiskinan tegar.

Begitulah apa yang digambarkan Oxfam, badan amal antarabangsa terhadap situasi global ketika ini.

Oleh itu, usul pengenaan wajar ‘cukai perpaduan’ ke atas kumpulan bilionwan ini dlihat wajar dicadangkan pada medium Forum Ekonomi Dunia 2022, kali ini. Ia langkah sokongan mengimbangi ketirisan disebabkan kepincangan krisis ekonomi ketika ini.

Pihaknya menganggarkan tahun ini sekitar 263 juta penduduk dunia akan tergolong dalam kumpulan miskin tegar. Ini bermakna setiap 33 jam akan terdapat 1 juta penduduk dunia terkesan.

Malah dengan pengenaan cukai kekayaan tahunan 2% untuk jutawan dan 5% untuk bilionwan pula ia turut berpotensi menjana sekitar $2.52 trilion setiap tahun.

Dana ini berpeluang membantu 2.3 bilion individu untuk keluar dari kancah kemiskinan, mencukupi membiayai khidmat kesihatan serta menerima manfaat vaksin di negara pendapatan rendah.

Selain pengenaan itu, cukai keuntungan lebihan sementara bagi perolehan tinggi sesebuah syarikat gergasi juga wajar dipertimbangkan. Ini demi kepentingan dunia memelihara kebajikan dan mengimbangi status ekonomi semasa.