Artikel

Syarikat Khidmat Seru-Pandu Diminta Beri Penjelasan – Isu Tambang Naik Sehingga 400%

Kebelakangan ini, platform seru-pandu (e-hailing) memerlihatkan peningkatan kadar tambang pada perkhidmatan negara. Meneliti isu tersebut, Kementerian Pengangkutan (MOT) kini meminta pengurusan tertinggi syarikat seru-pandu berkaitan tampil memberi penjelasan.

MOT memberi gambaran sekiranya kadar tambang beruapaya mencecah sehingga RM70, lebih tinggi berbanding RM20 pada paras tambang kebiasaan – situasi ini perlu diteliti semula. Selaku pembuat dasar itu tanggungjawab MOT, menangani isu pihak yang mengambil kesempatan.

Maka berdasarkan makluman Bernama, dalam tempoh terdekat beberapa penjelasan akan diketengahkan oleh pihak berkuasa. Setakat ini Agensi Pengangkutan Awam Darat sedang berunding dan meminta syarikat terlibat untuk beri perincian berhubung situasi yang berlaku.

Mengikut laporan, tambang perkhidmatan telah meningkat sehingga 400% ketika waktu puncak – ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pengguna dan memerlukan tindakan lanjut dari pihak berkuasa.