Artikel

Kos Sara Hidup, Bekalan Makanan – Antara Tumpuan Utama Mesyuarat Kabinet 23 Mei Ini

Memahami peningkatan kos sara hidup rakyat kebelakangan ini, Perdana Menteri Ismail Sabri memaklumkan agenda mesyuarat kabinet akan diawalkan pada tarikh 23 Mei (esok) untuk menyemak isu berkaitan.

Berdasarkan agenda, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan membentangkan laporan berhubung isu semasa serta tindakan lanjutan.

Tidak hanya isu mengimbangi kos sara hidup rakyat tetapi mengikut laporan ketirisan bekalan makanan serta kenaikan kos operasinya turut akan diteliti pihak pentadbiran negara.

Sebelum ini, PM Ismail telah memaklumkan pemansuhan permit import (AP) makanan, kini pihaknya turut menyemk pemansuhan AP lain – ia bertujuan mengurangkan tekanan pengurangan bekalan keperluan lain.