Artikel

MSM Malaysia: Harga Gula Wajar Dinaikkan, Setelah 11 Tahun Tiada Peningkatan

Semakan semula harga gula kini wajar dilaksanakan oleh pentadbiran Malaysia. Tindakan itu dilihat bertepatan dengan situasi tekanan kos ketika ini.

Saranan semakan itu membawa erti, kerajaan wajar menaikkan harga gula.

Buat pengetahuan umum, sejak 2011 kenaikan harga gula hanya  sekitar 1 sen sekilogram, dalam tempoh 11 tahun tiada kenaikan.

Maka Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Malaysia Holding, Syed Feizal itu melihat kerajaan seharusnya meneliti semula harga gula, buat masa ini kos pengeluaran telah meningkat lebih 30% dan ia memerlukan pertimbangan kerajaan akan tekanan yang didepani industri.

Menurutnya pada laporan kesejahteraan pengguna sering menjadi keutamaan industri akan tetapi keseimbangan keuntungan juga perlu diberi perhatian.

Berdasarkan saranan semakan ini, pihak industri menjangkakan kenaikan yang akan berlaku tidak akan memberi kesan ketara kepada isi rumah memandangkan penggunaan gula melibatkan tempoh jangka masa lama.

Setakat ini har semasa gula runcit Malaysia sekitar RM2.85 sekilogram. Lebih murah berbanding Thailand (RM3.50) dan Singapura (RM5.90).