STEM, bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik negara kini terus jadi tumpuan pasaran tempatan untuk membantu pertumbuhan Malaysia ke arah yang lebih kukuh. Seterusnya dapat mencapai status negara maju.
Matlamat itu menurut Datuk Seri Mustapa Mohamad pada Pemudah – Forum Kebangsaan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan semalam (19 Mei) adalah berpotensi menyeimbangkan sektor pembuatan negara pada prestasi rantaian global.
Malaysia dilihat masih mengalami kekurangan bakat kemahiran khususnya melibatkan kepakaran sainstis, teknologi dan jurutera.
Seperti yang umum ketahui, negara menetapkan sasaran ke arah memiliki status pendapatan tinggi menjelang 2025 pada Rancangan Malaysia Ke-12 – maka untuk membina asas tersebut negara perlu memperkasakan keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam Malaysia.
Oleh itu, penghasilan bakat STEM berupaya mengalakkan produktiviti serta kualiti pasaran negara dari semasa ke semasa.