Artikel

Mufti WP: Haram Laksana Transaksi Jual-Beli Secara Atas Talian, Ketika Solat Jumaat

Sesi berjual beli secara atas talian pada generasi kini, bukanlah suatu perkara yang baharu. Medium itu dilihat semakin rancak dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta memudahkan orang awam memenuhi pembelian keperluan harian mereka dengan lebih cepat.

Maka tiada salahnya pada medium jual-beli harian ini.

Malah pihak Mufti Wilayah Persekutuan juga menyatakan – pada asasnya sesi berjual-beli pada hari Jumaat ini adalah diharuskan. Tetapi apabila memasuki waktu solat Jumaat – umat Islam perlu meninggalkan urusan tersebut.

Ini menjelaskan, sesi jual-beli secara atas talian ketika solat Jumaat bagi umat Islam adalah haram. Tindakan itu boleh melalaikan seseorang untuk menunaikan tanggungjawab ibadah mereka.

Disebabkan itu sesi berjual-beli tersebut boleh dilakukan setelah selesainya waktu solat Jumaat. Buat pengetahuan umat Islam, hukum jual-beli ini turut terpakai dalam konteks sesi jual-beli secara fizikal juga.