Artikel

Indonesia Umum Tarik Balik Larangan Eksport Minyak Sawit – Bermula 23 Mei Ini

Indonesia, setelah meneliti bekalan serta situasi semasa pasaran eksport minyak sawitnya semakin baik – kini pihaknya bersepakat menarik semula status larangan mengeksport minyak sawit.

Ini bermakna, eksport minyak masak Indonesia akan dibuka kembali mulai 23 Mei kelak.

Mengikut laporan, Presiden Joko Widodo menyatakan dengan sokongan 17 juta pemain industri minyak sawit Indonesia – pasarannya berupaya menampung permintaan pembekalan makanan dari semasa ke semasa. buat

Pihaknya turut menjamin penawaran bekalan sawit kekal di paras harga mampu milik. Buat pengetahuan umum, Indonesia mengeluarkan sekitar 60% hasil minyak sawit dunia dan satu pertiga digunakan untuk pasaran domestik. Berdasarkan permintaan, India, China dan Pakistan antara pihak eksport utama pasarannya.