Artikel

AEON : Harga Barang Sedia Naik Sehingga 5%

AEON Malaysia, kini memaklumkan harga barang jualannya sedia meningkat antara 3% hingga 5%.

Namun syarikat memaklumkan pihaknya telah menyerap pelbagai tekanan kos, bagi memastikan penawaran harga barangan tidak meningkat terlalu tinggi.

Pihaknya memahami kesukaran pengguna akan situasi semasa. Oleh itu, langkah kenaikan sehingga 5% ini akan membolehkan pengguna menyesuaikan diri mereka akan persekitaran inflasi semasa.

Pada masa yang sama, pihaknya turut akui pelarasan gaji minimum telah memberi kesan kecil pada kos operasi perkhidmatan. Bagaimanapun ia masih kekal optimis dan memaklumkan sekitar 40% petugas Aeon telah menerima kenaikan gaji sejak awal Januari 2022.

Menerusi makluman ini, para pengguna diharap bersedia akan aliran kenaikan harga barangan berdasarkan situasi semasa.