Semua perlu akui, krisis bencana alam serta pertelingkahan politik ekonomi global telah membawa peningkatan kepada pelarian penduduk dunia bagi tahun 2021.
Sedarkah anda, sekitar 59.1 juta penduduk dunia kini telah kehilangan tempat tinggal mereka. Lebih menyedihkan angka pelarian ini melonjak berbanding tahun 2020.
Di mana, mengikut tinjauan IDMC – Pusat Pemantauan Perpindahan Dalaman serta Majlis Perlarian Norway sebahagian pelarian itu telah beberapa kali melakukan pelarian dalam tempoh setahun disebabkan ketiadaan sumber diri serta kepincangan negara yang berlaku.
Malah secara terperinci ternyata krisis bencana terus menjadi penyumbang utama pada situasi kehilangan tempat tinggal ini – apabila sekitar 23.7 juta pelarian penduduk dunia telah berlaku disebabkan krisis peralihan cuaca, taufan, hujan monsun, kemarau serta banjir.
Secara jelas isu perubahan iklim masih menjadi permasalahan utama dunia – untuk ditangani kesannya ke atas penduduk. Antara negara yang terjejas teruk disebabkan krisis bencana adalah China, Filipina dan India sekitar 70% pemindahan berlaku kerana bencana.
Namun angka pelarian ini akan terus melonjak pada tahun ini, susulan petelingkahan politik Ukraine-Rusia yang berlaku – dijangka akan terus menamatkan lagi hak penduduk dunia.