Artikel

KPDNHEP Lancar Logo Barang Subsidi, Kawalan – Bantu Pengguna Ketahui Hak Mereka

KPDNHEP, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna secara rasminya telah melancarkan Logo Barang Subsidi dan Logo Barang Kawalan pada pasaran Malaysia.

Penggunaan logo ini bertujuan untuk beri pendedahan kepada pengguna akan subsidi yang telah disediakan kerajaan kepada pengguna, bagi meringankan bebanan kos sara hidup rakyat Malaysia.

Malah adanya penerapan logo sedemikian – ia secara langsung membantu pengguna ketahui hak mereka khususnya hak kawalan barangan yang dilindungi di bawah Akta Kawalan Bekalan 1991.

Langkah ini juga adalah inisiatif negara untuk membendung ketirisan dan penyalahgunaan barang subsidi dan kawalan. Antara produk komoditi terlibat ialah gula, minyak masak dan tepung gandum.

Oleh itu, semua pengguna tempatan kelak dapat mengenalpasti penawaran harga barangan berasaskan tampungan pada logo penjualan.