Artikel

Produktiviti Buruh Meningkat 2.7% – Bagi Suku Pertama 2022

Pada suku pertama 2022 ini, Malaysia menunjukkan peningkatan pada aliran produktiviti buruh – di mana meningkat 2.7% lebih tinggi berbanding data suku sebelumnya.

Tidak hanya itu, tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini turut memperlihatkan pertumbuhan negara pada suku pertama telah berkembang 5.0% – ini secara ketara memaparkan lonjakan penyertaan pada pasaran pekerjaan negara telah meningkat, bagi suku pertama sekitar 15.4 juta pertambahan pekerja telah dicatatkan.

Melihat pada aliran baik itu, faktor pembukaan ekonomi menyeluruh dan kelonggaran garis panduan kesihatan telah merancakkan kembali arena pertumbuhan negara. Langkah itu secara terus memberi galakkan kepada pasaran buruh Malaysia.

Berdasarkan produktiviti buruh yang diukur mengikut nilai ditambah per jam bekerja – suku ini telah menunjukkan jumlah bekerja tertinggi dengan 4.6% iaitu 8.9 bilion jam direkodkan. Ia bermaknan jumlah jam waktu operasi perniagaan lebih panjang telah dicatatkan negara.

Manakala, mengikut kategori sektor pula segmen Perkhidmatan, Pembuatan dan Pertanian telah memaparkan pertumbuhan positif pada produktiviti buruh negara.