Artikel

Coca-Cola Lancar Botol Bersama Penutup Terpasang – Tingkatkan Kelestarian Operasi

Coca-Cola kelak akan melancarkan pembungkusan botol baharu bersama penutup terpasang pada seluruh rangkaiannya.

Ini adalah sebahagian daripada usahanya untuk memudahkan pengguna dalam proses mengitar-semula. Secara tidak langsung meningkatkan agenda kelestarian kumpulan dan mencegah pencemaran sisa.

Bagi fasa awal, Coca-Cola akan memulakan inisiatif ini pada cawangan Britain terlebih dahulu – di mana pembungkusan baharu itu akan diterap pada produk minuman Coca-Cola Zero Sugar, Diet Coke dan Fanta.

Sementara penerapan idea tersebut untuk seluruh rangkaian akan tersedia menjelang awal 2024 kelak.

Coca-Cola melihat adanya perubahan kecil ini ia akan membawa impak yang besar pada ekosistem dunia.