Artikel

Malaysia Umum Mansuhkan Permit Import Makanan – PM Ismail Sabri

Tindakan memansuhkan permit import (AP) untuk langkah mengimport barangan seperti makanan ke dalam negara kini akan berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri ketika di majlis Aidilfitri JPM hari ini, langkah untuk tidak mengenakan permit sedemikian adalah bertujuan untuk menjamin jumlah bekalan makanan terus mencukupi buat permintaan rakyat Malaysia.

Ini bermakna, langkah itu akan membolehkan semua pihak mengimport sebarang bahan makanan ke dalam Malaysia. Buat pengetahuan umum, sebelum ini terdapat pengenaan AP pada kemasukan bekalan daging dan ayam.

Selain memansuhkan AP, mengikut laporan PM Ismail turut memohon MAFI – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk menyediakan pelan jangka masa panjang dan pendek buat negara. Bagi meneliti kaedah untuk mengelakkan sebarang krisis makanan berlaku di Malaysia.

Berdasarkan maklumat tambahan, negara setiap tahun mencatatkan rekod import seperti beras (30%), daging lembu (78%), daging kambing (hampir 90%) dan sayur kobis (60%). Catatan ini secara langsung memperlihatkan lebih RM50 bilion kos import dicapai.