Artikel

Semua Negeri Setuju Laksana Caj Pencemaran Guna Beg Plastik – Minimum Sekitar RM0.20 Sen

Kementerian Alam Sekitar dan Air memaklumkan, semua negeri di bawah kerajaan masing-masing kini bersetuju untuk melaksanakan Caj Pencemaran Plastik dengan nilai minimum sekitar RM0.20 sen, bagi setiap penggunaan beg plastik.

Ini bermakna inisiatif menerusi Kempen Tanpa Beg Plastik secara langsung sedang diperluaskan di seluruh negeri Malaysia, sepertimana yang telah diterapkan di Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Persetujuan ini dicapai melalui Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar pada hari ini (18 Mei).

Setakat ini mengikut laporan, beberapa negeri sedang merancang untuk melaksanakan tindakan caj tersebut secara berperingkat.

Adanya usaha ia secara terus dapat mengalakkan lagi kesedaran pencemaran plastik dalam kalangan pengguna Malaysia, ia sekaligus memupuk penyertaan rakyat negara mengurangkan kerugian $13 bilion setiap tahun disebabkan sisa plastik pada ekosistem laut dunia.