Artikel

Watsons, DOC2US Sedia Khidmat Preskripsi Digital – Mudahkan Pengguna Dapatkan Ubat

Watson Malaysia bersama Doc2US , kini tampil dengan sistem preskripsi digital pertama untuk pengguna di Malaysia.

Di mana melalui sistem maya ini, ia akan membolehkan para pelanggan mendapatkan ubatan mereka dengan lebih mudah. Iaitu hanya perlu mendaftar akaun pada sistem e-preskripsi Doc2US di aplikasi Watsons, lampirkan beberapa maklumat, dan dapatkan khidmat farmasi serta pengesahan dari doktor berlesan Doc2US dan seterusnya pengguna boleh menerima ubat daripada Watsons.

Langkah ini secara langsung membawa peningkatan kecekapan pada industri pengamal perubatan dan farmasi negara. Lebih menarik ia tidak sekadar memudahkan proses perolehan ubat tetapi turut mengalakkan semua pihak menggunakan kemudahan digital dari semasa ke semasa.

Sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk pada pautan rasmi Doc2Us x Watsons untuk perincian seterusnya.