Artikel

Netflix Kini Memberhentikan 2% Pekerjanya – Ingin Seimbangkan Operasi

Netflix, perkhidmatan penstriman dunia ketika ini telah mengambil langkah drastik dengan memberhentikan 2% pekerja – untuk mengimbangi operasi perkhidmatan.

Ini bermakna sekitar 150 pekerja telah terlibat dalam aturan tersebut.

Tindakan ini menurut AFP, diambil atas faktor memperkasakan prestasi perniagaan, ia tidak mengambil kira prestasi pekerja secara individu. Seperti yang umum ketahui, Netflix sebelum ini telah kehilangan 200,000 pelanggan berbayar bagi suku pertama 2022.

Kehilangan itu jauh tersasar daripada matlamat kumpulan untuk mengalami peningkatan pelanggan berjumlah 2.5 juta pengguna.

Buat pengetahuan umum, Netflix buat masa memiliki sekitar 221.6 juta pelanggan di seluruh dunia. Maka untuk merancakkan kembali pertumbuhan operasi, syarikat perlu menurunkan peruntukan kos petugas dan perbelanjaan kontraktor.