Artikel

Pengasas Syarikat Induk Shopee – Alami Kerugian Cecah $17 Bilion

Forrest Li, pengasas disebalik syarikat induk Shopee iaitu Sea Limited kini berdepan kerugian mencecah sekitar AS$17 billion. Sekiranya dahulu beliau menjadi antara kelompok 500 individu terkaya di didunia dengan nilai kekayaan AS$22 bilion, kini tidak lagi.

Data kerugian tersebut dapat diamati berdasarkan perkongsian laporan kewangan suku tahunan Sea pada hari semalam (17 Mei).

Antara faktor yang mendorong situasi penurunan ini adalah disebabkan penutupan medium e-dagang Shopee di India dan perolehan pendapatan yang rendah kumpulan telah melemahkan aturan depositori di AS.

Meskipun telah tersingkir dari kelompok 500 individu terkaya dunia – nilai kekayaan Forrest Li masih lagi tinggi dengan angka AS$4.7 bilion mengikut pemerhatian Indeks Billionaires Bloomberg.

Mengikut data kerugian syarikat pula – dilaporkan bagi suku pertama 2022 ini Sea mencatatkan kerugian bersih sekitar AS$580.1 juta, ini lebih meningkat berbanding tempoh suku yang sama pada tahun 2021 – yang mencatatkan kerugian bersih AS$422.1 juta. Situasi difahamkan telah didorong tekanan ekonomi dunia, di samping krisis kesihatan.