Bermula bulan ini, Jepun bakal perkenalkan pelancongan rintis dengan penawaran pakej lawatan terhad kepada pelancong asing – sebelum benar-benar membuka kembali sempadan negara mereka sepenuhnya kepada warga asing.
Langkah pelancongan lawatan terhad ini bertujuan untuk pengumpulan data buat pengurusan Jepun, mengenalpasti maklumat dan tindakan lanjut berhubung penerapan garis panduan kesihatan – mencegah penularan COVID-19.
Berdasarkan kebenaran, pelancong dari Amerika Syarikat (AS), Australia, Thailand dan Singapura akan dibenarkan turut serta dalam agenda lawatan terhad ini. Bagaimanapun pelancong terlibat perlu menerima 3 suntikan dos vaksin terlebih dahulu.
Berdasarkan perolehan, sebelum pandemik Jepun berupaya meraih sehingga 4.81 trilion yen dengan kehadiran 31.9 juta pelancong asing pada tahun 2019.