Malaysia dan Thailand kini bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas dalam membincangkan cadangan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Bangkok-Kuala Lumpur.
Aturan itu diambil melalui pertemuan Menteri Pengangkutan negara Dr Wee Ka Siong bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Thailand.
Seperti yang umum ketahui, kedua negara telah bersepakat melanjutkan kajian kebolehlasksanaan usul HSR ini pada 26 Februari lalu.
Menerusi agenda ini ia tidak meningkatkan potensi hubungan dua hala negara bahkan turut menghadirkan impak yang positif pada pasaran ekonomi.