Artikel

Lebih RM50.3 Juta Jumlah Tip Telah Diberikan Pengguna Grab – Sepanjang 2021

Grab Malaysia, sebuah superapp di Asia Tenggara kini memperlihatkan beberapa data berhubung segmen pesanan makanannya bagi penggunaan kalangan rakyat Malaysia – sepanjang tahun 2021.

Berdasarkan perkongsian tinjauan, pengguna Grab Malaysia telah berjaya memberi nilai tip kepada penghantar makanan sebanyak RM50,354,857 pada tahun lalu sebagai tanda penghargaan akan perkhidmatan yang diberikan.

Tidak hanya itu, menerusi inisiatif kelestarian Grab Malaysia juga – telah memperlihatkan sebanyak lebih 700 juta set kutleri pakai-buang telah berjaya disimpan daripada penggunaan pengguna.

Usaha ini secara langsung membantu menyokong perniagaan makanan negara ke arah neutral karbon menjelang 2025.

Secara keseluruhannya, sokongan pengguna Grab pada perkhidmatan mereka telah berjaya membantu rakan penghantar Grab dan rakan peniagaan Grab meraih sekitar lebih $8.9 bilion bagi tahun 2021.