Artikel

New York Wajibkan Penyertaan Julat Gaji Pada Iklan Kerja – Bermula 1 November

Bandar New York kini mewajikan semua majikan untuk menyertakan julat gaji pada iklan kerja, bermula 1 November 2022 kelak.

Dengan langkah ini, New York City ingin mengurangkan perbezaan tangga gaji disebabkan perbezaan jantina atau bangsa. Memaparkan julat gaji secara terbuka akan mengelakkan diskriminasi berlaku, disamping menjadikan syarikat lebih telus lagi.

Apa pun, terdapat beberapa pendapat mengatakan ia mungkin menyukarkan syarikat kecil untuk mendapatkan pekerja kerana perbandingan akan dilakukan dari segi tangga gaji secara terbuka dengan syarikat-syarikat lain.