Artikel

DHL Express Labur RM13 Juta Pusat Khidmat Baharu – Tingkatkan Kapasiti Penghantaran 170%

DHL Express kini melaksanakan strategi peralihan pusat khidmat baharunya di Taman Perindustrian Batu Kawan. Peralihan Pusat Khidmat Prai ini mengambilkira nilai pelaburan sekitar RM13 juta.

Menerusi usaha ini, ia tidak sekadar meningkatkan kapasiti pemprosesan penghantaran sehingga 170% tetapi turut memberi manfaat berganda kepada operasi perkhidmatan di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

DHL Express turut melihat lonjakan permintaan penghantaran antarabangsa dalam kalangan peniaga negeri utara Semenanjung juga mendorong pada peningkatan kapasiti ini.

Buat pengetahuan umum, peralihan ini sekaligus memperlihatkan luas gudang dan pengurusan meliputi 2,386 meter persegi. Di mana 5 kali lebih luas berbanding cawangan pusat sebelum ini.

Adanya pemerkasaan ini ia berpotensi meningkatkan lagi kecekapan pengendalian penghantaran domestik serta antarabangsa DHL pada pasaran semasa.