Artikel

Maybank Kini Memudahkan Pengeluaran Di ATM Tanpa Kad – Hanya Imbas Kod QR Melalui MAE

Maybank kini menawarkan kemaskini kepada kaedah pengeluaran duit melalui ATM, dimana pengguna boleh melakukannya tanpa kad debit dan haya menggunakan aplikasi MAE sahaja.

Untuk makluman, ciri ini berbeza dengan penggunaan kod berasaskan SMS sebelum ini.

Melalui kaedah baharu ini, anda boleh menggunakan aplikasi MAE, dan seterusnya mengimbas kod QR yang dipaparkan pada mesin ATM terpilih Maybank. Seterusnya, melalui aplikasi MAE, anda boleh memasukkan jumlah wang yang ingin dikeluarkan – dan mendapatkan wang daripada mesin ATM berkenaan.

Dengan kaedah ini, pengguna boleh mengeluarkan duit tanpa mempunyai kad fizikal ATM. Maybank menamakan ciri baharu ini sebagai ATM Cash-Out.