Artikel

AEON, Omar Dan Hana Lancar Kerjasama – Tingkatkan Pemasaran Produk Onigiri

Aeon Co. (M) Bhd kini bersama Omar dan Hana, animasi islamik tempatan melaksanakan kerjasama pada siri perisa baharu di dalam rangkaian produk onigiri kumpulan.

Aturan ini sekaligus akan memperluaskan pembangunan produk asimilasi antara Malaysia dan Jepun – selain meningkatkan pasaran kedua pihak dalam kalangan pengguna rangkaian serta animasi.

Tidak hanya itu, pemilihan produk onigiri juga bertujuan menggalakkan pembudayaan makanan lebih sihat dalam kalangan pelanggan, terutama pengguna kecil. Maka corak pemakanan Jepun itu dipilih pada pasaran tempatan dengan sokongan Omar dan Hana.

Menurut AEON, kerjasama ini turut tampil dengan perisa yang bersesuaian dengan citarasa pengguna tempatan. Terdapat 5 perisa baharu yang diperkenalkan mewakili watak animasi di dalam Omar dan Hana – iaitu kacang merah, kacang coklat, kentang mayonis, tuna mayonis dan ketam mayonis.

Melalui agenda ini, AEON melihat ia tidak hanya meningkatkan kualiti produk tempatan tetapi turut membuka peluang baharu kepada arena penghasilan makanan dan arena halal Malaysia untuk lebih meluas di pasaran serantau.