Artikel

Pembayar Cukai Digesa Kemuka Borang Nyata Cukai – Tarikh Akhir 15 Mei Ini

Tinggal dua hari sahaja lagi, sebelum Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menutup tirai pengemukaan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 kepada pembayar cukai.

Ini bermakna, kini para pembayar cukai diingatkan untuk segera mengemukakan borang nyata cukai anda, di mana tarikh akhirnya adalah 15 Mei 2022.

Pengemukaan borang nyata cukai ini boleh dilaksanakan pada sistem e-Filing LHDN, manakala pengemukaan borang secara manual pula telah tamat pada 30 April lalu. Untuk perincian lanjut para pembayar cukai terlibat boleh merujuk dan klik pada pautan panduan Program Memfail Borang Nyata Cukai bagi tahun 2022 ini untuk ketahui penjelasan proses mengemukakan borang.

Adanya tindakan selanjutnya, ini akan membantu pembayar cukai terhindar dari sebarang pengenaan penalti lewat hantar borang dan kenaikan lewat bayar cukai.

Semua pihak juga boleh melangsungkan persoalan pada saluran Hasil Care Line di talian 03-89111000 / 603-89111100 (luar negara), di HASiL Live Chat dan pautan borang maklum-balas di portal rasmi LHDN.

Setakat akhir Mac 2022, sekitar 1.16 juta pembayar cukai telah mengemukakan borang nyata cukai mereka secara sistem e-Filing dan manual kepada pihak LHDN.