Artikel

Hershey Bangunkan Pusat R&D Di Johor – Pembinaan Terbesar Di Luar AS

Hershey, jenama coklat global kini meluaskan jejak jenamanya pada pasaran ekonomi Malaysia – apabila secara rasminya melancarkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Johor.

Untuk makluman, ini adalah R&D terbesar Hershey di luar Amerika Syarikat (AS).

Menerusi pelancaran pusat ini, ia membolehkan Hershey membangunkan, menguji serta menghasilkan produk baharu syarikat yang disesuaikan dengan permintaan pengguna di rantau ini.

Selain memberi kelebihan pada pasaran tempatan, pembangunan pusat ini turut akan menjadi induk bagi operasi cawangan di India dan China.

Mengikut laporan, kemudahan yang memiliki keluasan 10,400 kaki persegi ini tidak hanya mempunyai makmal R&D tetapi turut menerapkan fasiliti pembungkusan, bahagian pemantauan serta penelitian bersama dengan pasukan inovasi dalam pengujian produk baharu milik kumpulan.