Bersempena sidang kemuncak Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ke Washington pada minggu ini, Amerika Syarikat (AS) kini menyatakan komitmen mereka untuk pelaburan baharu bernilai $150 juta.
Pelaburan baharu ke atas rantau ini adalah merangkumi pelbagai akses pembiayaan tambahan antaranya melibatkan krisis COVID-19, maritim serta penguatkuasaan undang-undang laut. Tidak hanya itu, sidang ini juga menurut pegawai AS adalah bertujuan meluaskan pengaruh AS dalam meneroka pelaburan baharu bersama negara ASEAN.
Seperti yang umum ketahui, pelaburan melibatkan China kian meningkat pada pasaran ASEAN. Maka menerusi komitmen AS, ini bakal merancakkan lagi arena ekonomi ASEAN, termasuklah di Malaysia.
Untuk makluman, komitmen ini dikongsikan ketika kehadiran pemimpin ASEAN seperti Malaysia, Kemboja, Indonesia, Brunei, Laos, Singapura, Thailand, dan Vietnam yang tiba di Rumah Putih bermula pada 12 Mei (semalam).