Artikel

AirAsia Berhad Sedia Beri Pulangan Wang Kepada Penumpang, Tanpa Sebarang Isu – KPDNHEP

Bagi menampung jumlah permintaan semasa, AirAsia – syarikat penerbangan tambang rendah kelak akan melaksanakan beberapa agenda, antaranya penambahan pesawat secara berperingkat menjelang Julai ini akan dilakukan.

Jaminan itu dimaklumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Alex Nanta Linggi pada laman Facebook pada hari ini (12 Mei). Di mana tanggungjawab tersebut telah dicapai setelah perbincangan secara bersama dilakukan antara AirAsia dan wakil KPDNHEP.

Setakat ini AirAsia memiliki 40 pesawat untuk menampung kapasiti permintaan penerbangan semasa. Maka isu tersebut dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh Julai mendatang.

Berhubung aduan pengguna pula, AirAsia memaklumkan akan menyelesaikan isu berbangkit melalui 4 saluran aduan pelanggan mereka dan AirAsia Berhad memaklumkan pihaknya memberi pulangan wang kepada penumpang tanpa sebarang isu.

KPDNHEP seterusnya memberi peringatan akan memantau perkara ini dari semasa ke semasa dan pihak AirAsia bersetuju untuk terus terlibat dalam sesi libat-urus ini, bagi menjamin kebajikan pengguna terus terpelihara dan dilindungi.