Artikel

Majikan PMKS Diberi Kelonggaran – Tangguh Penawaran Gaji RM1,500 Sehingga Disember Kelak

Selepas mengambilkira faktor tahap kewangan segelintir majikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19 sebelum ini – Kementerian Sumber Manusia (KSM) kini beri kelonggaran untuk majikan menangguhkan penawaran gaji RM1,500 kepada pekerja mereka.

Langkah kelonggaran itu diberi sehingga akhir Disember 2022 ini.

Tindakan ini bermakna, majikan PMKS memiliki 7 bulan lagi untuk bersiap sedia menawarkan paras gaji minimum baharu itu kepada petugas mereka.

Seperti yang umum ketahui, penguatkuasaan gaji minimum RM1,500 untuk majikan yang menggaji 5 atau lebih pekerja telah bermula sejak 1 Mei lalu. Manakala majikan yang menggaji kurang dari 5 pekerja pula akan mula berkuat kuasa penawaran gaji minimum pada 1 Januari 2023 kelak.