Carousell dan Yellow House KL kini mengatur langkah bersama, melancarkan kempen #SamaSamaSapot bagi membantu golongan kurang berkemampuan yang terjejas disebabkan krisis pandemik sebelum ini – untuk kembali semula ke dunia pekerjaan.
Usaha tersebut akan memperlihatkan pengumpulan pakaian serta barangan kerja yang terpakai dilaksanakan. Ini bermakna, melalui kempen tersebut – para pengguna Carousell boleh memberi bantuan barangan terpakai seperti berikut;
- barangan gajet seperti telefon bimbit, komputer riba, tablet, pengecas, wayar USB dan mesin pencetak
- pakaian kerja untuk lelaki seperti baju lengan panjang, tali pinggang, seluar panjang, kasut pejabat dan begĀ
- pakaian kerja untuk perempuan seperti baju kurung, kasut bertutup, seluar panjang, beg dan pakaian lain yang sesuai untuk bekerja.
Buat pengetahuan umum, kempen ini akan berlangsung sehingga 20 Mei ini, para penyumbang boleh menyumbangan barangan terpakai pada aplikasi dan sertakan tagar (tanda pagar) #SamaSamaSapot untuk memudahkan proses agihan.
Selain kempen menyediakan keperluan persediaan pekerjaan, Carousell turut menambah sokongan siri bengkel menulis draf permohonan pekerjaan kepada peserta serta cara tangani persoalan yang berbangkit ketika sesi temuduga.
Kemudahan ini akan meningkatkan kecekapan golongan kurang berkemampuan untuk bersedia selami dunia pekerjaan dengan lebih yakin.
Sebarang maklumat lanjut, orang awam boleh layari dan memberi sumbangan pada kempen #SamaSamaSapot Carousell x Yellow House KL menerusi dua pautan ini #SamaSamaSapot Carousell dan #SamaSamaSapot Yellow House KL.