Artikel

Grab Sasar Pacu Penyertaan Digital Kalangan Kumpulan Terpinggir – Menjelang 2025

Grab ketika ini menggariskan beberapa matlamat, dalam memperkasakan kehadirannya pada pasaran Asia Tenggara. Antara matlamatnya adalah memacu penyertaan digital dalam kalangan kumpulan terpinggir menjelang 2025 kelak.

Usaha itu akan digerakkan di bawah Grab Access iaitu sebuah medium yang membantu kumpulan terlibat menyertai Grab dengan pelbagai kemudahan. Seperti menerusi sokongan kewangan serta pendedahan latihan khusus.

Akan tetapi inisiatif tersebut bakal diketengahkan pada pasaran Indonesia sebelum ia berkembang ke pasaran negara lain.

Selain itu, Grab juga memiliki hasrat mencapai 40% penyertaan wanita dalam pimpinan kumpulan menjelang 2030. Setakat ini, pihaknya telah mencapai 34% penyertaan tersebut dan bermatlamat memiliki pelbagai suara bagi menjamin kesejahteraan operasi dari semasa ke semasa.

Tidak hanya itu mengikut laporan – Grab juga akan terus memperluaskan usaha kelestariannya dan mencapai neutral karbon menjelang tahun 2040. Langkah ini tidak meletakkan peranan organisasi pada dunia tetapi turut sama mendidik para petugas menyumbang pasa persekitaran operasi.

Buat masa ini, usaha itu telah membawa Grab menerapkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Indonesia. Ketika ini terdapat 8,500 EV telah tersedia pada perkhidmatan pengguna.