Sektor e-dagang negara kini memperlihatkan peningkatan pertumbuhan apabila bagi suku pertama 2022 berjaya mencatatkan peningkatan 9.3% kepada RM278.2 bilion.
Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini bagaimanapun menjelaskan walaupun terdapat peningkatan, tetapi data tersebut sedikit merosot 4.2% bagi data suku-ke-suku.
Sementara itu, bagi sektor perkhidmatan pula, ia telah memperlihatkan pertumbuhan 10.4% kepada RM473 bilion. Sektor ini telah dipacu berdasarkan kepada segmen perdagangan dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan yang telah meningkat 9.2% kepada RM378.7 bilion.
Peningkatan itu turut dicetuskan pada kenaikan segmen kesihatan swasta, pendidikan swasta, kesenian, hiburan dan rekreasi dengan melebihi 16% pertumbuhan.
