Artikel

PM Ismail Sabri Pelawa Tesla Melabur Untuk Pengeluaran Kereta Elektrik Di Malaysia

Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri kini dalam lawatan di Amerika Syarikat, dan turut berpeluang untuk bertemu pelbagai pihak di sana.

Di Amerika Syarikat, PM berpeluang untuk berjumpa dengan pelbagai pihak, dan pada masa yang sama mempromosikan Malaysia sebagai destinasi untuk pelaburan yang baik di rantau ini.

PM turut mengalu-alukan pelbagai syarikat Fortune 500 untuk melabur dan meningkatkan pelaburan di Malaysia dalam arena ekonomi digital, teknologi hijau dan juga sektor kenderaan elektrik.

PM mengatakan beliau turut mencadangkan kepada Tesla supaya melabur di Malaysia dalam mengeluarkan kenderaan elektrik mereka.