Artikel

CIMB Turut Naikkan Kadar Asas, Kadar Pinjaman Asas – Berkuat Kuasa 18 Mei Ini

Selepas Maybank dan RHB Bank – kini giliran CIMB Bank pula akan menaikkan laras Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) mereka ke atas pengguna.

Kenaikkan sebanyak 25 mata asas akan dilaksanakan, berkuat kuasa 18 Mei ini.

Tindakan perubahan kadar yang dilakukan CIMB di bawah CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank ini adalah seiring dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.00% yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 11 Mei (semalam).

Selain BR dan BLR, kadar deposit tetap CIMB Bank juga akan diselaras naik mengikut tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, semua pelanggan CIMB diminta mengambil perhatian akan makluman perubahan ini berdasarkan tarikh 18 Mei kelak.