Artikel

Saudi Aramco Kini Menjadi Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Mengatasi Apple

Saudi Aramco yang terkenal dalam industri minyak dan gas, hari ini mengatasi Apple, sekaligus menjadikan ia sebagai syarikat yang paling bernilai di dunia.

Mengikut nilai pasaran semasa, Saudi Aramco kini bernilai sekitar $2.43 trilion, sementara Apple pula kini bernilai sekitar $2.37 trilion.

Sebelum ini, Apple telah mengatasi Saudi Aramco pada tahun 2020 yang lepas, dan kini nampaknya Saudi Aramco berjaya merampas takhta kembali.

Kenaikkan Saudi Aramco ini selari dengan saham-saham berkaitan tenaga yang meningkat naik akhir-akhir ini, selain kejatuhan saham berkaitan teknologi.