Artikel

Maybank Bakal Melaras Naik Kadar Asas, Kadar Pinjaman Asas – Mulai 13 Mei Ini

Selari dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada hari ini kepada 2.00% – kelak orang awam akan mula memperlihatkan kenaikan faedah dari pihak perbankan. Dan antara yang sedang mengatur ke arah tersebut adalah Maybank.

Maybank, mulai 13 Mei ini akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) kepada 25 mata asas (bps). Ini bermakna BR Maybank akan menjadi lebih tinggi daripada 1.75% kepada 2.00%, sementara BLR Maybank pula akan dilaraskan daripada 5.40% kepada 5.65%.

Tidak hanya dua kadar tersebut – Maybank juga akan menaikkan Kadar Asas Islam dan Kadar Pembiayaan Asas sebanyak 25 bps iaitu masing-masing 1.75% kepada 2.00% dan daripada 5.40% kepada 5.65%.

Langkah ini secara langsung memerlukan perhatian pengguna akan perubahan laras kadar BR dan BLR Maybank kelak.