Sea, empayar teknologi Asia Tenggara yang juga syarikat induk Shopee kini sedang bersiap sedia menyertai arena sektor insurans Indonesia bagi memperluaskan jejak saingannya.
Berdasarkan laporan The Financial Times, aturan agenda itu akan melibatkan perolehan sebuah syarikat insurans Indonesia iaitu Asuransi Mega Pratama yang dimiliki oleh Andy Indigo.
Buat pengetahuan umum, Indigo antara rakan niaga Sea yang miliki kepentingan tersendiri di Indonesia, di mana 50% pegangannya melibatkan cabang pembayaran digital di pasaran negara tersebut. Malah tidak hanya itu, Indigo bersama Sea turut melabur dalam pengambilalihan bank Indonesia iaitu Bank Kesejahteraan Ekonomi pada Januari tahun lalu.
Bagaimanapun setakat ini, Sea tidak memberi sebarang maklum-balas akan aturan tersebut.