Artikel

Harga Kereta Mungkin Naik – MAA

MAA, Persatuan Automotif Malaysia kini memberi gambaran awal bahawa harga unit kenderaan berkemungkinan lebih tinggi berbanding semasa.

Jangkaan itu mengambilkira pelbagai kenaikan kos pada pasaran ketika ini. Di mana kelemahan nilai ringgit, kekurangan bekalan cip serta kenaikan kos bahan mentah telah mendorong pada perubahan harga jualan kenderaan kelak.

Bagaimanapun, jangkaan kenaikan itu masih dalam pemerhatian lagi. Buat masa ini, pemain automotif negara tidak membuat sebarang keputusan sama ada untuk menaikkan harga jualan atau menyerap kos yang berlaku.

MAA melihat, situasi tersebut akan menjadi lebih sukar sekiranya pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan SST tidak dilanjutkan dan ditamatkan pada Jun kelak. Ini sekadar meningkatkan lagi lonjakan harga kenderaan negara.