Berikutan terdapat elemen pengiklanan yang menyinggung institusi diraja Thailand, kini Tentera Diraja Thailand menerima arahan untuk memboikot pesanan pada platform Lazada.
Mengikut laporan Agensi Berita Thailand (TNA), tindakan larangan pesanan pada platform e-dagang itu bertujuan melindungi institusi diraja serta menolak tindakan yang tidak wajar terhadap masyarakat negara mereka susulan pemaparan iklan promosi pada 5 Mei lalu.
Buat pengetahuan umum, sekatan pesanan pada Lazada telah dikuatkuasakan bermula awal minggu ini.
Setakat ini, difahamkan Reuters segelintir perniagaan Thailand termasuk di bawah pengendalian Istana telah menggantungkan penggunaan Lazada susulan video tersebut.