Subway, secara terus ingin memperluaskan jejak jenama pada pasaran negara – kini memaklumkan akan membuka 500 cawangan di seluruh Malaysia, dalam tempoh 10 tahun mendatang.
Matlamat itu dizahirkan setelah mencapai kesepakatan perjanjian francais induk baharu bersama Pegacorn Sdn Bhd, pada hari ini (10 Mei).
Melalui aturan itu, ini menjadikan ia perkongsian ketiga Subway di Asia Tenggara, selepas kesepakatan di capai bagi Indonesia dan Thailand.
Menurut Subway, perluasan jenama ini akan dapat diperlihat kelak pada lokasi seperti lapangan terbang, hospital, stesen minyak serta bahagian kedai serbaneka. Tidak hanya perancangan meluaskan cawangan tetapi penambah-baikan reka bentuk restoran Subway sedia ada turut akan dilaksanakan.
Sasaran itu bertujuan meningkatkan kemudahan pengguna, disamping melengkapkan pilihan pandu-lalu dan ‘Grab & Go’ bagi proses pembelian makanan. Setakat ini, Subway memilik 3,300 rangkaian di rantau ini dan bakal alami pertambahan restoran kepada lebih 6,000 restoran menjelang 2027 kelak.