Malaysia sejak beberapa tahun ini, mula memperlihatkan peningkatan aliran penghijrahan (migrasi) pekerja tempatan. Berdasarkan data setakat 2019 – sekitar 952,261 pekerja negara telah beralih ke Singapura.
Data ini secara langsung memaparkan peningkatan ketara, berbanding hanya 195,072 pekerja tempatan sahaja berhijrah pada 1990.
Sementara sekitar 350,000 warganegara pula berulang-alik dari Malaysia ke Singapura setiap hari.
Berdasarkan pengamatan semasa, peningkatan aliran migrasi tempatan ini telah didorong atas faktor perolehan gaji dan peluang pekerjaan yang lebih memadai di Singapura. Ini bermakna Johor dan Malaysia perlu memperkasakan peluang sedemikian pada pasaran negara demi kesejahteraan ekonomi.
Situasi itu telah mendapat perhatian mantan Menteri Besar Johor Datuk Hasni pada laporan – yang mengusulkan penawaran peluang pekerjaan berkemahiran tinggi perlu diperluaskan oleh negara. Melalui agenda itu, ia tidak sekadar membuka peluang tetapi melonjakkan infrastruktur ekonomi Malaysia.
Antara gerak kerjasama yang boleh dilaksanakan pada sektor ekonomi adalah melalui Zon Ekonomi Khas Pagoh, ECER – Wilayah Pantai Timur serta Iskandar Malaysia.