Jabatan Imigresen kini mengumumkan mereka akan melanjutkan masa operasi beberapa pejabat pengeluar pasport dan kaunter Jabatan Imigresen. Sebanyak 6 pejabat dilanjutkan sehingga 10 malam, sementara enam lagi dilanjutkan sehingga 6 petang.
Enam pejabat yang dilanjutkan sehingga 10 malam ialah premis Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, dan juga Melaka. Sementara Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Perlis dilanjutkan sehingga 6 petang. Selain pejabat imigresen ini, kaunter Imigresen di semua UTC Semenanjung Malaysia juga akan dibuka hingga 10 malam.
Disamping hari biasa, semua pejabat pengeluaran pasport di Semenanjung Malaysia akan beroperasi pada hari Sabtu – sehingga 12.30 tengah hari.
Dengan ini, ia dijangka akan memudahkan orang ramai dalam membuat permohonan atau pembaharuan pasport. Bersama-sama perubahan ini, Jabatan Imigresen juga akan mansuhkan penggunaan Sistem Temujanji Online bermula Rabu ini, 11 Mei 2022.