Artikel

Carousell Mengambil-Alih Platform Pakaian Terpakai, Refash

Carousell agak aktif dalam mengukuhkan portfolio mereka dalam pasaran edagang terpakai serta iklaneka. Untuk tujuan berkenaan, Carousell telah mengambil-alih beberapa syarikat lain.

Terbaru, Carousell mengumumkan mereka telah mengambil-alih Refash, sebuah syarikat di Singapura.

Refash menawarkan platform dan menjual pakaian terpakai. Sehingga kini, sekitar 5 juta pakaian terpakai telah dijual oleh Refash. Selain secara atas-talian, Refash juga mempunyai beberapa kedai fizikal di Singapura.

Walaupun diambil-alih, Refash akan terus beroperasi dibawah jenama berkenaan, dan dilihat akan memperkukuhkan lagi kedudukan Carousell dalam arena pakaian dan fesyen.