Artikel

Syarikat Induk Tealive, Kini Lantik Bekas Pengurus Industri Google – Pacu Transformasi Operasi

Loob Holdings, syarikat induk Tealive kini menggandakan strategi digitalisasi mereka dengan melantik Pengurus Industri FMCG Google iaitu Ng Yau Chuan – selaku Ketua Pegawai Pemasaran dan Digital operasi.

Adanya penyertaan Yau Chuan, ini akan memperkasakan peranan digitalisasi syarikat dalam industri pemakanan serta minumana, teknologi dan telekomunikasi.

Berbekalkan pengalaman Yau Chuan di dalam Google dan Facebook sebelum ini dilihat ia menjadi kelebihan buat Loob Holdings untuk memanfaatkan kemahirannya pada pemacuan operasi pasaran digital mereka.