Artikel

Pickupp Sasar Perluas Operasi Di Seluruh Malaysia – Menjelang Akhir 2022

Menyedari pasaran e-dagang Malaysia memiliki kumpulan pengguna tersendiri, iaitu lebih 22 juta pembeli secara atas talian – Pickupp, platform logistik Asia kini mengambil peluang tersebut meningkatkan jejak operasinya di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun ini, 2022.

Buat pengetahuan umum, Pickupp telah memulakan operasi di negara sejak pertengahan 2018 lagi dan melaksanakan kerjasama bersama kurier tempatan seperti ParcelHub, Kirimman, ParcelDaily bagi menyempurnakan proses penghantaran.

Terbaharu, Pickupp kini telah meluaskan cawangan ambilan dan serahan (PUDO)nya di Skudai, Johor Bahru. Menerusi perluasan itu, dijangka ia akan memanfaatkan setengah juta pelanggan atas talian pada pelanggan di bandar tersebut.

Adanya perluasan ini, ia secara langsung meningkatkan penjimatan kos penghantaran pengguna dan disamping merancakkan persaingan logistik negara.

Setakat ini, kadar pertumbuhan pengguna Pickupp telah mencapai paras 94% dengan kerjasama lebih 23,000 peniaga dan lebih 26,000 ejen penghantaran di Malaysia. Melalui perluasan itu, ia akan mengukuhkan lagi penyelesaian penghantaran negara.