Nilai Bitcoin memperlihatkan trend menurun sejak beberapa hari kebelakangan ini, dan hari ini ia sekali lagi mencatatkan nilai dibawah RM150,000 untuk tahun ini.
Disamping Bitcoin, kriptowang lain turut mencatatkan penurunan nilai – termasuk Ethereum yang kini didagangkan pada nilai bawah RM11,000.
Trend menurun ini dilihat disebabkan oleh nilai faedah yang ditingkatkan, disamping inflasi dan lain-lain pergerakkan pada pasaran dunia. Beberapa spekulasi mengatakan trend menurun untuk kriptowang ini akan berterusan lagi, dan tidak berhenti setakat ini sahaja.