Artikel

Singapura Maklum Keluarkan Sijil Kelahiran, Kematian Secara Digital – Mulai 29 Mei Kelak

Seiring dengan kemajuan teknologi, Singapura kini mengumumkan akan menamatkan pengeluaran sijil kematian dan sijil kelahiran secara fizikal.

Ini bermakna kedua-dua sijil tersebut akan dikeluarkan secara digital, bermula 29 Mei ini.

Kenyataan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) itu memperincikan, bagi sijil kelahiran bayi – ibu bapa diberi tempoh 90 hari untuk memuat turun sijil tersebut pada aplikasi LifeSG setelah sesi pendaftaran dijalankan.

Manakala, pendaftaran berhubung sijil kematian pula akan dilaksanakan secara automatik setelah doktor terlibat mengesahkan makluman itu secara atas talian. Seterusnya wakil keluarga akan menerima makluman berhubung sijil kematian digital tersebut.

Melalui usaha ini – ia tidak sekadar memudahkan urusan pendaftaran warganegara tetapi turut meningkatkan kecekapan orang awam Singapura berhubung pengumpulan maklumat peribadi bersama pentadbiran negara mereka.